Sahabat PERKIM

Wednesday, September 4, 2013

Sinar Gemilang 10



Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika iini.

Alhamdulillah, pada 1 Julai - 4 Julai yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM)  telah mengadakan program Sinar Gemilang 10 dengan tema "Membentuk Kepimpinan Sebenar". Bertempat di Perkampungan Orang Asli, Selaor, Perak. Program ini berjalan selama hampir 4 hari. Disertai oleh mahasiswa-mahasiswa kampus UUM seramai 40 orang.


Program ini merupakan program berkala yang di anjurkan oleh Kelab Perkim Universiti Utara Malaysia. Program ini merupakan program jangka masa panjang di mana Kelab Perkim UUM akan telah menjadikan Kampung Orang Asli Selaor sebagai kampung angkat selama 5 tahun. Sinar Gemilang 10 adalah program kali ke-2 kami di Perkampungan Orang Asli, Selaor.


Program ini merupakan salah satu wasilah bagi Kelab Perkim UUM dalam usaha menyebarkan dakwah Islam dengan lebih meluas kepada masyarakat luar bandar yang mana kebanyakkan dari mereka terpinggir dari segi pengetahuan agama, pendidikan dan ekonomi. Di samping itu juga, program ini juga bertujuan untuk membangunkan 7 elemen kemahiran insaniah pelajar Universiti Utara Malaysia. Selain itu, penekanan kepada tiga konsep iaitu konsep ibadah, pendidikan dan kebersihan.

Antara objektif program ini adalah :


1.1       Menjalankan khidmat masyarakat seterusnya kerja dakwah kepada masyarakat orang asli di Perkampungan Orang Asli Selaor RPS Air Banun, Grik, Perak.
1.2       Membentuk semangat kerjasama antara mahasiswa untuk membangunkan masyarakat orang asli  dari segi pembangunan holistik.
1.3       Meningkatkan kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah bagi mahasiswa Universiti Utara Malaysia.     
1.4       Melahirkan mahasiswa yang mempunyai nilai moral, etika profesional dan sifat kepimpinan yang tinggi
1.5       Susulan siri Sinar Gemilang 9 untuk melihat bagaimana prestasi penduduk di Perkampungan Orang Asli Selaor.

Sekitar gambaran sewaktu program dapat dilihat pada pautan ini , ini dan ini.



No comments:

Post a Comment