Sahabat PERKIM

Monday, September 2, 2013

Bicara Siswa siri 2 : Forum "Yang Tertutup Jangan Jumud, Yang Terbuka Jangan Hanyut"



Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika iini.

Alhamdulillah, pada 27 Mac 2013 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM)  telah mengadakan program Bicara Siswa siri 2 : Forum "Yang Tertutup Jangan Jumud, Yang Terbuka Jangan Hanyut". Bertempat di Dewan Seminar Pusat Islam Universiti Utara Malaysia. Program ini berjalan selama hampir 3 jam pada hari berkenaan bermula pada 8.30 malam. Dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa kampus yang turut sama memeriahkan program.

Program ini berkisar tentang diskusi berkaitan tajuk forum di atas, antara panel terdiri daripada wakil pelajar Universiti Utara Malaysia. Forum ilmiah ini lebih terbuka kepada perbincangan dari aspek pemikiran,aurat dan batas pergaulan.

No comments:

Post a Comment