Sahabat PERKIM

Wednesday, September 4, 2013

Kuliah Pemantapan Akidah


Siri 2 : Membongkar Pembohongan Syiah

Siri 3 : God is Calling

Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika iini.

Alhamdulillah, pada 8 Mac 2013, 19 April 2013 dan 13 Mei 2013 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM)  telah mengadakan program Kuliah Pemantapan Akidah. Bertempat di Dewan Kuliah Gugusan 4/4 Universiti Utara Malaysia. Program ini berjalan selama hampir 3 jam setiap sesi dan secara berkala pada tarikh yang telah ditetapkan. Dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa kampus yang turut sama memeriahkan program.

Program Kuliah Pemantapan Akidah ini merupakan program semasa yang dicadangkan oleh Kelab Perkim UUM sebagai salah satu pendedahan tentang agama lain agar dapat digunakan sebagai hujah ilmiah dan logik dalam usaha dakwah serta mengurangkan salah faham tentang sesuatu agama.

Menjadikan program ini sebagai medium Kelab Perkim UUM dalam meneruskan usaha dakwah dengan membetulkan persepsi serta menerangkan maklumat yang lebih jelas kepada masyarakat Islam dan bukan Islam khususnya tentang ajaran Islam yang sebenar. Dengan terlaksananya program yang dilaksanakan secara bersiri sepanjang semester ini, ia diharapkan mampu memberikan impak yang positif kepada masyarakat dalam membuka minda mereka. 

Antara objektif program ini adalah mendedahkan mahasiswa dan mahasiswi tentang ajaran Islam yang sebenar berlandaskan al-Quran dan Sunnah, mendedahkan kepada mahasiswa dan mahasiswi penggunaan pemikiran dalam pengkajian kitab agama., menerangkan kepada mahasiswa dan mahasiswi cara-cara berdakwah kepada golongan belum muslim dengan berhikmah, meningkatkan hubungan persaudaraan dan perpaduan antara kaum, dan  mengurangkan salah faham tentang sesuatu agama.

Sekitar gambaran sewaktu program dapat dilihat pada pautan ini dan ini.



No comments:

Post a Comment