Sahabat PERKIM

Monday, September 2, 2013

Training of Trainers



Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika iini.

Alhamdulillah, pada 21-22 Februari 2013 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM)  telah mengadakan program TRAINING OF TRAINERS AL- FALAH “Kepimpinan Melalui Tauladan”. Bertempat di Bilik Serbaguna Masjid Sultan Badhlishah Universiti Utara Malaysia. Program ini berjalan selama hampir 2 hari. Dihadiri oleh barisan kepimpinan Kelab Perkim UUM bagi melatih karakter kepimpinan untuk meneruskan kelansungan kepimpinan Kelab Perkim UUM di bumi Sintok.

Program ini merupakan salah satu wasilah perjuangan kelab PERKIM UUM dalam usaha menyebarkan dakwah Islam dengan lebih luas dan berkesan dalam kalangan ahli kelab PERKIM UUM khasnya bagi kepimpinan baru yang telah dilantik yang masih memerlukan lebih banyak bimbingan dan latihan bagi meneruskan gerak kerja program dan perjuangan kelab ini. 

Antara objektif program ini menerangkan dengan lebih jelas mengenai aktiviti serta organisasi yang dibentuk oleh kelab ini pada tahun 2013, membentuk semangat kerjasama antara mahasiswa untuk membangunkan diri sendiri dalam mencapai kejayaan dalam sahsiah diri serta akademik secara menyeluruh, meningkatkan kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah bagi mahasiswa Universiti Utara Malaysia, melahirkan mahasiswa yang mempunyai nilai moral, etika profesional dan sifat kepimpinan yang tinggi.

Sekitar gambaran sewaktu program di pautan ini.

No comments:

Post a Comment