Sahabat PERKIM

Monday, September 2, 2013

Bual Bicara Suara Hidayah



Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika iini.

Alhamdulillah, pada 18 April 2013 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM)  telah mengadakan program Bual Bicara Suara Hidayah. Bertempat di Perkarangan Dewan Penginapan Pelajar MAS Universiti Utara Malaysia. Program ini berjalan selama hampir 3 jam pada hari berkenaan bermula pada 8.30 malam. Dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa kampus yang turut sama memeriahkan program.

Program ini merupakan anjuran KELAB PERKIM UUM dengan kerjasama Biro Kerohanian  DPP MAS. Program berbentuk  forum interaktif ini telah disampaikan oleh Prof. Madya  Dr. Shukri bin Ahmad iaitu salah seorang pensyarah COLGIS selain seorang penceramah jemputan iaitu, Ustaz Mahdzir bin Hanafi dan seorang wakil pelajar UUM yang telah memeluk Islam iaitu, Saudari Karen Yong Khui Ling serta telah dipengerusikan oleh saudara Mohd Azry Hairie . Ceramah ini bertujuan untuk membangkitkan kembali semangat dan matlamat mahasiswa/i datang ke universiti dalam mengharungi cabaran menuntut ilmu di kampus Universiti Utara Malaysia khususnya.

Menjadikan program ini sebagai medium Kelab PERKIM UUM dalam meneruskan usaha dakwah ke arah akademik dengan memberi kesedaran dan petunjuk arah kepada mahasiswa/i. Selain itu, menjadikan program ini sebagai medium kelab PERKIM UUM dalam meneruskan usaha dakwah dengan memberikan input berkaitan kepentingan dakwah dalam kalangan pelajar UUM. Dengan terlaksananya program ini, ia diharapkan mampu memberikan impak yang positif kepada mahasiswa/i untuk membuka minda mereka.

Antara objektif program ini adalah memberikan motivasi kepada pelajar Universiti Utara Malaysia pentingnya hidup bertoleransi serta motivasi kepada pelajar UUM akan sifat-sifat peribadi mengikut Islam, memberikan kesedaran kepada pelajar muslim UUM akan kepentingan membantu pelajar muallaf yang baru memeluk islam, dan memberikan penjelasan secara ilmiah kepada mahasiswa/i atas salah tanggapan mereka mengenai ajaran Islam yang indah.

Sekitar gambaran sewaktu program di pautan ini.

No comments:

Post a Comment