Sahabat PERKIM

Monday, September 2, 2013

Let's Grooming siri 1 dan siri 2



Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika iini.

Alhamdulillah, pada 19 Mac 2013 dan 23 April 2013 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM)  telah mengadakan program Let's Grooming. Bertempat di Bilik Serbaguna Masjid Sultan Badhlishah Universiti Utara Malaysia. Program ini berjalan selama hampir 3 jam pada setiap sesi dan terdapat 2 siri mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Dihadiri oleh barisan kepimpinan Kelab Perkim UUM bagi melatih kemahiran pengucapan awam pada setiap kepimpinan Kelab Perkim UUM.

Program ini merupakan program anjuran Exco Akademik dan Korporat Kelab PERKIM UUM dengan kerjasama Kelab Pengucapan Awam. Program berbentuk bengkel ini telah dikendalikan oleh fasilitator daripada ahli Kelab Pengucapan Awam yang diketuai oleh saudara Mohd Azry Hairie sebagai pengerusi kelab. Bengkel ini bertujuan untuk membina keyakinan ahli kelab sebagai pemimpin dalam kalangan pelajar serta boleh melahirkan pemimpin yang berani untuk tampil bercakap dalam kalayak ramai.


Menjadikan program ini sebagai medium Kelab PERKIM UUM dalam meneruskan usaha mempertingkatkan kualiti dan kredibiliti ahli kepimpinan kelab ini sendiri dalam berorganisasi sebagai pemimpin dalam kalangan pelajar terutamanya. Di samping itu, ia bertujuan untuk menerapkan keyakinan yang mantap sekaligus untuk mencapai matlamat dan sasaran kelab. Dengan terlaksananya program ini, ia diharapkan mampu memberikan impak yang positif kepada kepimpinan kelab terutama barisan majlis tertinggi dan exco-exco khasnya serta ahli-ahli kelab amnya.

Antara objektif program ini memberi nilai tambah kepada mahasiswa sebagai pemimpin yang berkemahiran dalam komunikasi dan perhubungan awam, membina keyakinan kepimpinan kelab untuk melahirkan sifat positif dalam diri, menggilap bakat dan meningkat kredibiliti diri, dan membentuk personaliti dan meningkatkan imej diri.

Sekitar gambaran sewaktu program di pautan ini.

No comments:

Post a Comment