Sahabat PERKIM

Monday, September 2, 2013

Forum Silang Agama


Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika iini.

Alhamdulillah, pada 5 Mac 2013 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM)  telah mengadakan program Forum Silang Agama. Bertempat di Dewan Kuliah Gugusan 2/1 Universiti Utara Malaysia. Program ini berjalan selama hampir 3 jam. Dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa kampus yang turut sama memeriahkan program.

Forum ini diadakan bertujuan  untuk memberi pendedahan kepada golongan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Utara Malaysia akan keterbukaan beragama di Malaysia di samping mengeratkan silaturahim dan fahaman antara agama yang ada di Malaysia.Secara tidak langsung dapat menyebarkan dakwah kepada bukan islam tentang agama islam kepada meraka yang bukan islam.Forum ini akan membincangkan dan mengupas secara mendalam akan kepercayaan dan perbandingan agama yang ada di negara kita.

Antara objektif program ini adalah menerangkan dan mengupas dengan lebih jelas mengenai fahaman agama yang ada di Malaysia supaya mahasiswa dan mahasiswi dapat saling menghormati agama yang ada di negara kita, melahirkan golongan mahasiswa dan mahasiswi yang berfikiran terbuka serta mampu mengaplikasikan sesuatu maklumat, menerangkan tanggungjawab dan peranan yang harus di ambil peduli oleh  golongan mahasiswa dan mahasiswa sebagai golongan terpelajar dan berintelektual sekiranya berlaku krisis agama di negara kita, bahkan ianya juga akan menjadi salah satu kerja kursus bagi pelajar titas yang terlibat.



No comments:

Post a Comment