Sahabat PERKIM

Tuesday, September 3, 2013

Kem Kecemerlangan Pendidikan : Semarak Minda



Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi kerana limpah kurnia dan hidayah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi pemberian-Nya ini. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda, para sahabat, para tabiin dan para tabi' tabiin. Kerana perjuangan mereka nikmat Islam itu sampai dan dirasai oleh ketika iini.

Alhamdulillah, pada 27-29 Jun 2013 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Universiti Utara Malaysia (PERKIM UUM)  telah mengadakan program Kem Kecemerlangan Pendidikan : Semarak Minda. Bertempat di Bilik Kuliah dan Makmal Komputer Pusat Islam Universiti Utara Malaysia. Program ini berjalan selama 3 hari. Dikendalikan oleh barisan guru-guru Maktab Mahmud,Yan Kedah bersama dengan barisan fasilitator dari wakil Kelab Perkim UUM

Program ini merupakan program anjuran Exco Kebajikan dan Kaunseling Kelab PERKIM UUM. Program berbentuk bengkel ini telah dikendalikan oleh barisan guru-guru Maktab Mahmud,Yan Kedah bersama dengan barisan fasilitator dari wakil Kelab PERKIM UUM.. Bengkel ini bertujuan untuk meemantapkan lagi keyakinan ahli kelab sebagai pemimpin dalam kalangan pelajar serta boleh melahirkan pemimpin yang berani untuk tampil bercakap di hadapan umum serta merupakan satu program motivasi untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Maktab Mahmud Yan,Kedah.

Menjadikan program ini sebagai medium Kelab PERKIM UUM dalam meneruskan usaha mempertingkatkan kualiti dan kredibiliti ahli kepimpinan kelab ini sendiri dan merupakan salah satu wasilah bagi Kelab PERKIM UUM dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sebagai mahasiswa yang intelektual dalam perkongsian ilmu. Di samping itu, program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama saudara islam dan menunjukkan teladan yang baik supaya dapat memberi pengalaman kepada peserta untuk lebih berkeyakinan menghadapi peperiksaan.

Antara objektif program ini adalah memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang tanggungjawab menyebarkan ilmu kepada masyarakat khususnya pelajar sekolah, memberi motivasi agar diri lebih berkeyakinan dalam menuntut ilmu, mencungkil kelebihan dan kelemahan diri setiap individu untuk maju dalam pelajaran, dan memberi kefahaman teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan

Sekitar gambaran sewaktu program di pautan ini.

No comments:

Post a Comment